SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. ( Siri 2)
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sekitar tahun 2015, saya terbang ke Singapura di awal pagi. Destinasi rumah Mohamad Nazri.
Masa berlepas jam 7 pagi. Memang data amat jelas kenapa penerbangan ke Singapura dari Kuala Lumpur di awal pagi amat popular. Ramai ahli bisnes suka lakukan one day trip. Mereka akan buat mesyuarat & engagement di awal pagi & pulang semula ke KL sekitar jam 4 - 6 petang. Ini masa paling popular terbang di awal pagi & di petang. Data adalah real.
Selepas mendarat, saya & rakan saya Razi Pahlavi dijemput Nazri ke rumahnya. Dalam masa 15 minit, kami sampai. Bila masuk sahaja ke dalam rumah beliau, kami terus dihidang nasi lemak. Memamg perut dah lapar.
Detik ini adalah detik paling penting dalam cara fikir saya.
"Ramai orang termasuk bisnes belum mengetahui kepentingan big data & A.I.", Nazri mula skrip pitchingnya.
"Kita perlu mendahului pasaran," tambahnya lagi.
"Kenapa penting sangat big data & A.I.?" tanya saya.
"Kita akan jadikan semua urusan kehidupan manusia smarter, quicker & cheaper," jawab Nazri.
"How?" tanya saya. Saya mula minat.
"Data pada hari ini padat & sarat. Data di sekolah, kilang, airport, padang sukan, pasaran saham & banyak lagi amat banyak & bercambah. Cuma kita tidak mampu menganalisa semuanya. Kita perlukan smart technology bagi menganalisa & kemudian membuat ramalan & cadangan. Ini adalah predictive & prescritive A.I. Ini fokus kita," Nazri cuba menyakinkan saya.
"Ada bukti yang tangible tak?" minta saya.
"Kami dah kaji data pengagihan zakat di 700 sekolah agama di Indonesia. Dengan A.I., kami dah jumpa cara pengagihan zakat efektif kepada guru, murid, prasarana sekolah & ekosistem masyarakat sekeliling. Ada juga yang tidak efektif. Kami berjaya cadangkan cara pengagihan zakat yang lebih tepat & berkesan," yakin Nazri menjawab.
Kemudian Nazri tunjukkan beberapa kes sebenar penggunaan A.I. dalam pengurusan cuaca, logistik, power, trafik & supply chain.
Saya mula melihat kepentingan data & teknologi mengalisa data secara tepat, objektif & koheran tanpa berat sebelah & bias.
Jam 11 pagi, kami mula bertolak ke Changi Airport. Sesi 2 jam mengubah saya selama2nya.
MDB